Amalan dan Tips Semasa Hamil


1.Ambil Supplement On Time

Masa first time check up pregnancy, umur baby Aleesya 8 minggu camtu and Anis just pergi check up klinik biasa dekat area rumah, doc akan check urine and bagitau usia kandungan baby. So sangat lah penting untuk wifey di luar sana record tarikh korang 'ABC' every month sebab memang doc akan tanya. Lepas ja check up, doc akan bagi first vitamin untuk mom-to-be ni which is Folic Acid, vitamin yang membantu perkembangan bayi. Folic Acid ni sangat penting untuk mom-to-be semua makan setiap hari on first trimester, make sure jangan skip.

Second supplement yang penting untuk mom-to-be semua is Obimin, vitamin Obimin ni selalunya akan bantu untuk tambah darah. Anis start makan supplement ni masa kandungan 3month camtu. Pastu ada banyak lagi pilihan supplement yang available untuk semua mom-to-be. Just pergi farmasi and tanya supplement untuk ibu mengandung.

2.Minum Air Kelapa Muda

Untuk mom-to-be semua air kelapa muda boleh start minum masa kandung 8 bulan ke atas, Lepas ja masuk 8 bulan kandungan, memang wajib setiap hari Anis akan ajak encik husband untuk pergi beli air kelapa muda sampailah aunty yang jual air tu pon dah kenal. Make sure no sugar added dan jugak no ice ya! Result yang Anis dapat masa amalkan minum air kelapa ni baby keluar nanti insyaALLAH bersih dan baby bergerak aktif dalam perut.

3.Minum Extra Virgin Olive Oil

Anis  jugak ada amalkan minum minyak zaitun. 2 sudu pagi dan 2 sudu malam. Masa fisrt time try minum rasa minyak tu memang tak boleh diterima dek tekak tapi dont worry lahh lama lama nanti rasa sedap! Tips minum minyak zaitun ni Anis dapat dari kawan , kelebihan minum minyak zaitun  ialah baby InsyaALLAH senang keluar. Macam minyak pelincir gitu, takpayah nak push banyak kali. Aleesya keluar lepas dua kali push je. Alhamdulillah. 



Brand Extra Virgin Olive Oil yang Anis minum setiap hari. 


4.Banyak Baca Surah Maryam

Selain amalan pemakanan, terapi yang bagus untuk mom-to-be ni ialah solat dan mengaji. Salah satu surah pilihan Anis masa awal pregnant sampailah sekarang ialah surah Maryam. Setiap hari masa pregnant Anis akan baca surah ni selepas solat. Niat dalam hati supaya Allah permudahkan proses bersalin dan bayi yang bakal dilahirkan kelak akan menjadi soleh. InsyaAllah. Tapi, mom-to-be boleh jugak baca surah surah lazim yang lain dan paling penting banyakkan juga mebaca zikir zikir lazim supaya sentiasa tenang.

5.Banyak Berjalan Diakhir Proses Kelahiran

Masa kandungan 9 bulan tu boleh dikatakan setiap minggu jugak lah ajak encik husband keluar jalan jalan. Nasib baik lah ada husband yang sabar melayan. Walaupon perut makin kedepan, Anis tetap bersemangat kalau bab berjalan. Mungkin sebab tu jugak lahh Aleesya sekarang ni kalau bab berjalan dia yang paling happy. Kalah mummy! Hahaha. Banyak berjalan ni jugak salah satu aktiviti yang bagus untuk mummies yang first time pregnant sebabnya senang nak bersalin dan jugak dapat hilangkan rasa stress dan nervous.

6.Jangan Stress Dan Nervous

Perasaan ni akan dialami oleh semua mom-to-be masa first pregnancy termasuklah diri sendiri. Macam macam yang kita akan fikir contohnya, nanti bersalin caesar ke normal? Macam mana nak push? Sakit tak jahit nanti? dan macam macam lagi. Tersangatlah penting untuk mom-to-be semua jangan stress dan nervous masa akhir proses kelahiran. Sentiasa berfikiran positif dan senyum sokmo ye! Anis jugak akan berborak dengan baby masa akhir proses kelahiran atau masa baby gerak aktif  dalam perut, Dengan cara berborak dengan baby ni sedikit sebanyak akan kurangkan stress dan nervous. 

Finally, mom-to-be semua boleh amalkan tips yang Anis try sepanjang pregnancy. InsyaAllah dipermudahkan.

Semoga bermanfaat❤️





Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Placenta Previa ?

Precious gift from Allah SWT