Apa itu Placenta Previa ?

Mesti ramai mummies dah tau pasal Placenta Previa. Yang tak tahu tu meh nak cite sikit. Ni just sedikit ilmu je lah nak share , kalau nak tau lebih kena tanya doktor lah ye. Placenta Previa ialah kedudukan uri dibawah atau berada berhampiran atau menutupi servik. Uri tersebut boleh menutupi  sebahagian atau kesuluruhan bukaan rahim atau di tempat keluar bayi.

Pada peringkat awal kehamilan, masalah uri dibawah merupakan keadaan normal. Biasanya, uri akan berubah kedudukannya apabila rahim anda membesar. Jika uri anda tidak bergerak ke atas dan masih berada berhampiran atau meliputi bukaan rahim pada minggu ke 29 dan ke atas, keadaan ini dikatakan sebagai Placenta Previa.

Placenta Previa terbahagi kepasa 4 jenis iaitu:

Type 1
Low-lying : Uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak melindungi bukaan rahim. Jaraknya antara uri dan bukaan rahim kurang dari 2cm dalam ultrasound scan

Type 2
Marginal : Uri menyentuh tetapi tidak melindungi bukaan rahim

Type 3
Partial : Uri menutupi sebahagian bukaan rahim

Type 4
Complete : Uri menutupi keseluruhan bukaan rahim

 
     

19/12/16 - ( 28minggu 2 hari) 
Masa ni pergi check up macam biasa , kebetulan encik husband pon ikut sekali sebab harini ada appointment untuk scan baby Aleesya. Lepas habis timbang, ambik darah semua tibalah masa scan tapi encik husband kena tunggu kat luar je. Hewhew
Doc scan baby  dalam 20 minit camtu jugak lah sebab doc noticed kedudukan  placenta tak berapa cantik , so doc kategorikan sebagai 'Low Lying' dan terus kena pergi rujuk hospital. Doc jugak ade bagitau sepatutnya masa minggu ke 28 baby patut dah pusingkan kepala dekat bawah dan kedudukan uri akan kembali dekat atas. Doc terus set date appointment 27/12/17 untuk scan kedudukan uri dengan pakar. 

Balik je rumah, terus gigih nak google pasal placenta previa, lepas dah baca pengalaman ibu2 yang pernah jadi placenta previa rasa nervous , risau baby  dalam perut  and macam macam lagi. Ade beberapa petua yang anis amalkan untuk pusingkan baby dan jugak betulkan kembali kedudukan uri. Yang pertama , sujud. Cara yang ni memang paling membantu. Tapi masa sujud tu memang kena lama dalam 20 minit. Anis amalkan petua ni setiap kali selepas solat.

Petua yang kedua, baring dalam keadaan badan berbentuk 'L' boleh mintak bantuan suami atau dinding ye. Heheh. Tapi make sure jangan pressure perut ye. Kesian baby nanti. Petua yang seterusnya , sentiasa cakap atau pujuk baby supaya pusing. Teringat time pujuk Aleesya suruh pusing, siap menangis lagi buat drama. Hahah. Ehh! Tapi cara ni paling berkesan lah sebab setiap kali pujuk mesti Aleesya akan respon. Bagus anak mummy ni!
Petua yang terakhir, banyakkan mengaji serta berdoa kepada Allah SWT agar kedudukan bayi dan uri kembali normal. 

Dua hari sebelum appointment scan dengan hospital, Anis noticed yang perut jadi krem sangat2. Time tu mmg bagitau encik husband maybe dah nak beranak. Tapi encik husband cakap baby just bagi false alarm je tu. So, dengan keadaan yang sangat tidak selesa Anis tak tidur lah malam tu sebab melayan krem perut.

27/12/17 (29minggu 5 hari)
Date appointment untuk scan baby dengan doktor pakar. Sepanjang  on the way pergi hospital and dekat hospital Anis tak henti berdoa agar Allah permudahkan semua. Alhamdulillah. Masuk je scan doc noticed yang baby dah pusing dan keadaan placenta dah kembali normal. Masa tu syukur sangat sangat dan excited nak jumpa baby.Hehe

Sesapa yang mengalami masalah yang sama, jangan sedih dan jangan terlalu stress. Allah Maha Mengetahui. Banyakkan berdoa dan sentiasa yakin dan berfikiran positif. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan. Amin






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan dan Tips Semasa Hamil

Precious gift from Allah SWT